Bukan Diriku...

Bukan Diriku...

6.14.2011

Cinta...

Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji.  Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!




petikan yang ku ambil dari blog..http://genta-rasa.com/2011/04/11/dia-bukan-cinta-nombor-1/#more-1341

:) semoga kita semua mampu mencintai ilahi seikhlas hati....